Friday, March 9, 2012

Balasan komen sal di Afterdark...

Siapa kita Enrike?? utk meramalkan dan memungkinkan jika bukan Tunku yg berbincang mengenai kemerdekaan nasib orang Melayu akan lebih baik??Adakah kita sbg hamba yg lemah lebih mengetahui setiap percaturan dan takdir yg ditetapkan oleh ALLAH TAALA???

Sayalah yang meramal demikian berdasarkan kajian dan pemerhatian saja terhadap dokumen dan maklumat sejarah secara bertulis dan bukan bertulis.... Sedikit info untuk anda .... carilah maklumat tentang Ibrahim Yaakob, Ahmad Boeastamam, Dr. Burhanuddi Helmy ... siapakah mereka2 ini.... mengapakah mereka dipinggirkan... disekat... dipenjara... dituduh komunis ....dsbnya .... mereka2 inilah yang sebenarnya menentang penjajah dan inginkan kemerdekaan Tanah Melayu tanpa bersekongkol dengan Inggeris... jika mereka ini berjaya sudah pasti tiada undang2 Inggeris digunapakai di Tanah Melayu ini... dan sudah pasti ia masih Tanah Melayu atau Persekutuan Tanah Melayu dan bukannya Malaysia seperti yang di cadangakn oleh Rupert Emerson (1937). Malaysia: A study in direct and indirect rule. New York: The Macmillan Company.

Kita memang tidak tau tentang percaturan Allah SWT.... namun kita perlu berfikir, merancang dan mengimbas kembali sejarah.... tidakkah 50-60% kandungan al Quran merupakan cerita dan sejarah umat terdahulu untuk kita mengambil iktibar??? demikian juga sejarah yang berlaku di Tanah Melayu ini... kita perlulah berfikir dan mengambil iktibar dan jadikan ia sebagai panduan untuk menjadi Muslim yang lebih baik....

Jika generasi sekarang x mau mengakui sumbangan dan jasa Tunku,esok2 akan lahir generasi yg lebih buruk sikapnya dgn tidak tau erti mengenang budi.Pihak pembangkang akan menggunakan peluang yg ada ini utk memperlecehkan lagi perjuangan UMNO dan org terdahulu.

Membincangkan jasa dan sumbangan kita perlu keluar dari Matrix atau melihat dari perspektif yang lebih luas ... adakah dari perspektif Islam yang shumul... negara Malaysia secara am .... puak partisan dan pandangan dunia luar.... namun perlu ditekankan disini pandangan yang paling BENAR adalah pandangan al-Quran... dan saya berpegang kepada al-Quran

1. Jika melihat dari kacamata negara Malaysia secara am ... sudah pastilah kita perlu bersyukur dan mengenang budi kerana TAR dianggap pejuang kemerdekaan dan Bapa Malaysia.... YA... itu tidak dapat dinafikan!

2. Jika dari puak partisan, pihak luar dan pandangan politik... ia mungkin pro atau konta... ia bergantung kepada anda berada dipuak yang mana... untuk UMNO sudah tentu pro... untuk PAS/PKR/atau parti yang tak menyokong sudah tentu konta.... untuk pihak penjajah Inggeris sudah tentu pro dan menyokong....

3. Namun jika kita lihat di pandangan Islam dan al-Quran sudah tentu ia SALAH, TIDAK BENAR dan tak perlu dibanggakan. Adakah anda sebagai Muslim perlu banggakan kejatuhan Khilafah Islam di Istanbul dibawah Mustafa Kemal Ataturk? Kemerdekaan Malaysia adalah versi kejatuahan Khilafah Islam versi Tanah Melayu dimana raja-raja Melayu sebagai Khalifah Islam tidak mempunyai kuasa untuk memerentah. Al-Quran sebagai perlembagaan didalam pemerentahan Khilfah Islam ditinggalkan dan diganti dengan sistem demokrasi dan perlembagaan penjajah. Jika anda tidak dapat melihat ini sebagai sesuatu yang salah dan menghina al-Quran bermakna anda telah terjerumus dalam fitnah Dajjal yang amat dalam dan perlulah membaca 10 ayat awal dan 10 ayat akhir Surah al-Khafi supaya anda terselamat dari fitnah Dajjal. Sebagai Muslim kita hendaklah mendaulatkan al-Quran sebagai perlembagaan dan panduan hidup. Apa yang bertentangan dengan al-Quran adalah terbatal dan salah.

Sila baca al-Quran terjemahan dari awal hingga ke akhir untuk mendapat pandangan yang jelas tentang Islam. Tiada UMNO, PAS, PKR dan demokrasi yang memecahbelahkan umat Islam. Demokrasi adalah sistem yang bathil kerana ia bertentangan dengan al-Quran. Al-Quran menegaskan agar MUSLIM berpegang teguh pada tali Allah dan jangan bercerai berai NAMUN sistem demokrasi dengan parti UMNO, PAS, PKR dan sebagainya membuat umat Islam bercerai-berai.

Selain itu al-Quran juga mengatakan jangan mengambil orang Kafir sebagai pemimpin tetapi demokrasi Dajjal memaksa kita mengambil orang kafir sebagai pemimpin. Jadi, adakah demokrasi .... mengikut al-Quran atau tidak ???? Anda boleh memberi sejuta alasan logik dan sejuta pandangan ulamak demokrasi untuk menjustifikasikan demokarasi adalah halal NAMUN ia takkan mengubah ayat-ayat al-Quran yang telah nyata dan jelas. Demokrasi adalah SIHIR zaman modern yang dicipta oleh Dajjal untuk membuat umat Islam terlena dan bermusuhan, bercakaran dan berbunuhan untuk mempertahankan demokrasi itu sendiri..

Mengapa saya mengatakan tak perlu dibanggakan .... kena TAR lah bapa demokrasi Malaysia.... beliaulah yang membawa demokrasi ke Malaysia ... atau dengan kata lain beliaulah yang menyebabkan al-Quran tidak dapat dijadikan sebagai perlembagaan Tanah Melayu...??

Saya rasa bagaimana hebat puak2 Freemason mengatur rancangan dunia,tapi Allah Taala yg lebih BERKUASA. Dia yg menulis takdir Tunku sbg org yg berjaya membawa kemrdekaan negara tanpa pertumpahan darah dan MAlaysia lahir sebg sebuah negara ISLAM.Tidak ada orang lain,melainkan Tunku.Kenapa ALLAH Taala memilih Tunku? mungkin ada HIKMAH yg tersembunyi dan ALLAH itu MAHA MENGETAHUI.Dan sy berasa bersyukur kerana itu.Jangan jd spt.puak pembangkang yg mau menafikan segala sumbangan dan jasa Tunku,terima dan akui saja lah. Jangan nampak yg buruk saja.

Saya heran kenapa ada di kalangan puak UMNO sendiri cuba utk menafikan sumbangan dan memadamkan nama Tunku dalm perjuangan kemerdekaan.

Seburuk2 Tunku pada pandangan awak semua,saya rasa dia sorang sahajala pemimpin yg ikhlas masuk politik dgn sanggup menghabiskan harta bendanya utk memerdekan negara dan membahgiakan rakyat ,namun orang politik sekarang,masuk politik semata2 utk mencari harta dan kuasa.Sayang sekali generasi sekarang sudah menjadi orang yg x mau mengenang budi.

Maaf ... istilah kemerdekaan yang anda gunakan adalah silap .. janggal dan penuh dengan fitnah Dajjal. TAR membawa "kemerdekaan" tanpa pertumpahan darah yang disanjung setiap pemuja demokrasi dan membakul sampahkan al-Quran sebagai perlembagaan. Negara Islam apakah yang TIDAK mendaulatkan al-Quran sebagai perlembagaan yang tertinggi dimana nama Allah boleh dipermainkan dan dijualbeli dengan harga tiket undi yang sedikit. Banggakah anda dengan 'ustaz dan ustazah' kafir memberi tazkirah didalam mesjid dan surau dan kemudiannya penyembah demokrasi ini melaungkan takbir!!!!

Perlukah anda bersyukur kepada orang yang meggantikan Khilafah sistem Islam yang syumul dengan sistem demokrasi Dajjal yang membawa perpecahan keatas umat Islam. Demokrasi ... UMNO ... PAS ... PKR .... adalah senjata dan sihir Dajjal yang paling hebat untuk memecah belahkan umat Islam.... menjauhkan umat Islam dari Islam.... dan menghapuskan sistem Khilafah Islam yang mulia dan terbaik ... Hanya dengan sistem Khilafah Islam sahaja boleh mendaulatkan Islam sebagai ad-Din.... atau cara hidup islam yang sempurana dari semua segi....

Apa perlu anda heran dengan puak yang menafikan sumbangan seseorang didalam sistem demokrasi KERANA begitulah sistem tersebut berjalan..... pihak kerajaan akan membuat sesuatu samada kebaikan atau kejahatan sementara puak pembangkang akan sentaisa membangkang tak kita samasa baik atau jahat.... dimana pada pembangkang semuanya .... SALAH... TAK BAIK... TAK BETUL.... akan ada pihak yang sentisa membangkang dan menafikan kerana ia adalah demokrasi!

Politik adalah "seni dan starategi untuk memerentah serta memanipulasi manusia". Pada pandangan saya, Islam yang sebenar tak perlukan politik kerana Muslim mestilah patuh kepada Khalifah Islam walaupun mungkin Khalifah tersebut zalim sebagaimana yang disebutkan didalam beberapa hadis. Tak perlu bangkang membangkang atau jatuh menjatuh. Muslim mesti taat dan patuh kepada Khalifah Islam. Ini kerana yang menaik dan menjatuhkan adalah Allah SWT. Jadi apakah kita perlu menjatuhkan seseorang yang telah dinaikkan olah Allah SWT. Adakah kita mau melawan Allah SWT?!!!

4 comments:

  1. Assalam Enrike,

    Waa..begitu panjangnya huraian dan jawapan awak sebab dari komen saya di blog Afterdark.T.kasih kerana memberi respon dan jawapn walaupun x semuanya sy bersetuju dengan awak,saya tiada kata2 dan tidak terkata utk membalasnya.

    Cuma mengenai Ibrahim Yaakob saja saya nk bgtau awak, sy x mengenang dia sebg pejuang, tetapi pengkhianat bansga.Terus terang sy x berminat mengkaji sejarah mengenai beliau. Keluarga sy pun ada sejarah sendiri. Dipendekkan citer, dolo arwah moyang sy bejuang memakai uniform tentera Bristish dan beliau mati dibunuh tentera Jepun di Singapore. Setau saya Ibrahim Yaakob menjadi Leftenan Kol. Jepun sms pendudukan Jepun dan beliau sikit pun x membantu askar2 Melayu yg ditawan semsa serangan Jepun. Malah memperlecehkan lagi tentera Melayu yg ditawan kerana mempertahankan Tanah Melayu masa itu kerana kononnya berjuang bersama Bristish. Jadi awak x perlu tanya sy lagi pandangan mengenai Ibrahim Yaakob .

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikum salam wbt...

      berbeza pendapat adalah lumrah manusia ... saya tidak mengharap anda bersetuju dengan saya ... apapun yang benar tetap benar dan apa yang paling benar adalah apa yang terkandung dalam al-Quran ...

      bercakap mengenai pejuang atau pengkhianat sekali lagi kita perlu melihat kepada titik rujukan kita.... jika kita berada dititik yang salah selamanya kita akan berada didalam kekeliruan ... dan inilah yang membuatkan pertentangan dan pertelingkahan terjadi.... pihak Dajjal penjajah/NWO amat pakar dalam bidang ini... ia mencipta penipuan yang berlapis-lapis untuk memerangkap mangsa supaya tunduk kepadannya.... ia menghantar Jepun, Komunis dan sebagainya sebagai musuh orang Melayu dan ia pula datang sebagai penyelamat. Kesimpulanya tiada siapa yang boleh dianggap pejuang disini kerana mereka berjuang diwadah yang salah dan pihak yang salah. Sebahagian berjuang dipihak British... sebahagian di pihak Jepun ... sebahagian di pihak komunis..... dan tiada yang berada dipihak Khilafah Islam?!!

      Keadaannya juga amat sama dimasa kini dimana satu puak berada dalam UMNO .... satu lagi dalam PAS dan PKR dimana kesemua puak ini tidak memperjuangkan Khilafah dan al-Quran sebagai perlembagaan tetapi memperjuangkan demokrasi dan perlembagaan penjajah. Setiap pihak ini mengatakkan merekalah yang paling benar.

      Delete
  2. Lagi satu, sy ingat jika awaklah yg dibawa berbincang sms berunding dgn British dolo dan bukannya Tunku,pasti nasib Melayu menjadi lebih baik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf... tidak perlulah anda menyindir saya dengan ucapan demikian.....

      Jika anda membaca dan memahami al-Quran, anda akan dapati tiada rundingan dengan penjajah yang ada hanyalah Jihad fisabilillah...

      Delete